Tuesday, June 16, 2009

Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

LAMBAT

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan : Kerana sebuah papan tanda.
Guru : Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

EJAAN

Guru :Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan : "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru : Bukan, Salah tu.
Sin Chan : Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

FORMULA AIR

Guru : Apakah formula untuk air?
Sin Chan : "HIJKLMNO"!!
Guru : Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

PETA

Guru : Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan : Di sini Cikgu
( Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas)
Guru : Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas : Sin Chan Cikgu!

HAMPEH!

Guru : Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan : Saya Cikgu!

SERANGGA

Guru : Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan : Jangan kena gigitserangga.

KEBETULAN

Guru : "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan : "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

STOKIN

Guru : Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan : Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

DOA MAKAN

Guru : Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan : Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana sayatahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

KARANGAN

Guru : Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan : Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!

CAKAP

Guru : Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan : Seorang Guru, Cikgu!

No comments: