Tuesday, July 20, 2010

Siapa Adolf Hitler sebenarnya

Assalamulaikum wrt
Saya dapat artikal ni dari laman web. Menarik utk dibaca siapa Hitler sebenarnya yg selama ini kita ditipu oleh barat……
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua... Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?" Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab - 1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti. 2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet. Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara : 1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah... Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi... 2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German. " Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku" 3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?" Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas... Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Sunday, July 18, 2010

MALU KALAU BANGUN HANYA TENGOK BOLA

Kebiasaannya, waktu tengah malam merupakan waktu yang paling sukar bagi kita untuk bangun. Apatah lagi untuk melaksanakan solat tahajjud. Bagaimanapun, kerancakan piala dunia yang memasuki separuh akhir memungkinkan para peminatnya gagah bangun tengah malam bagi menonton pasukan pilihan mereka beraksi. Sayangnya “kekuatan” itu kerap digunakan semata-mata untuk menyiapkan kerja pejabat, menonton filem, berborak atau menyaksikan perlawanan bola sepak. Alangkah baik jika dalam kita menonton bola sepak waktu tengah malam, disertai dengan qiamullail.

Dengan mendirikan solat tahajjud kita dapat menzahirkan rasa cinta dan mendekatkan diri kepada Allah di suasana yang hening dan di saat orang lain sedang lena dibuai mimpi indah. Allah berfirman yang bermaksud: Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (al-Israk:79)

Soalan: Bola sepak ini adalah salah satu cabang sukan yang diharuskan. Bagaimana kita dapat menjadikan menonton Piala Dunia ini juga sebagai ibadat?

Dalam konteks Islam, bola sepak termasuk permainan yang didalam al-Quran disebut dengan istilah “laib”. Perkataan itu sendiri bermaksud permainan. Dalam Islam, sukan termasuk perbuatan yang mubah hukumnya sepanjang tiada unsur yang mengharamkannya dalam permainan itu. Kebolehan ini juga dibatasi selama tidak mengakibatkan tertinggalnya satu kewajipan sama ada yang menjadi pemainnya mahupun yang menjadi penyokongnya.
Sudah sepatutnya demam bola sepak Piala Dunia dijadikan momentum yang tepat untuk kita memulakan lembaran hidup kita dengan secara istiqamah mendirikan solat tahajjud setiap malam. Kita boleh menjadikan Piala Dunia sebagai titik tolak meningkatkan kualiti keperluan spritual kita dengan mendirikan solat tahajjud. Tentu kita akan merasa malu kepada Allah jika kita sanggup bangun tidur pada malam hari untuk menyaksikan bola sepak, tetapi tidak berdaya mengerjakan solat tahajjud.

Kita perlu ambil hikmah atau pelajaran daripada penggantian malam dan siang. Guna hati dan akal yang kita miliki. Jangan sampai ia menjadikan kita buta hati kerana ia merupakan bencana yang paling dahsyat. Firman Allah yang bermaksud: Allah menggantikan malam dan siang. Sesunngguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. (an-Nur:44)

Soalan: Solat tahajjud walaupun hanya dua rakaat tetapi ramai yang lalai melaksanakannya. Apa pesanan Rasullullah SAW dalam hal ini?

Solat tahajjud adlah salah satu ibadah sunah yang banyak dilalaikan oleh kaum muslimin. Walhal, ibadah sunat ini berada setingkat di bawah ibadah wajib solat lima waktu. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan umatnya untuk melakukan solat tahajjud. Ia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 1-4.
Nabi SAW mengajak kita berlumba-lumba mengerjakan solat tahajjud. Baginda juga tidak sahaja bersungguh-sungguh tetapi istiqamah (konsisten) dalam melaksanakan solat tahajjud, sekalipun dalam keadaan sakit. Padahal dosa-dosa baginda, yang lalu dan akan datang telah diampuni. Ini menunjukkan bahawa solat tahajjud sangat penting dan pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT. Bagaimana pula kita yang banyak dosa ini tetapi malas solat tahajjud?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung ataukah orang-orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat tuhannya? Katakanlah, “apakah sama orang –orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui”? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (az-Zumar:9)

Rasullullah SAW menganjurkan kepada kita, “Lazimkan dirimu untuk solat malam kerana hal itu tradisi orang-orang soleh sebelummu, mendekatkan diri kepada Allah, menghapuskan dosa, menolak penyakit dan pencegah dari dosa”. (riwayat Ahmad)

Jika kita ingin mendapat kemuliaan di sisi Allah dan di mata manusia, amalkan qiamullail secara istiqamah. Beruntunglah kita kerana saat ini belum meninggal dunia dan masih sihat walafiat. Masih ada kesempatan untuk memperbaiki diri. Untuk itu, marilah kita malam ini, bertekad mulai menegakkan solat tahajjud. Wallahua’lam.